SEAWAL pukul 7.30 pagi, Elena Shim, 35, sudah berada di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Lengkap berpakaian sukan dan topi keledar basikal, Elena memulakan tugasnya membawa sekumpulan pelancong berbasikal mengelilingi Kuala Lumpur selama dua jam. Itulah aktivitinya sejak tiga tahun lalu yang dimulakannya dengan menggunakan laman web sendiri. Namun bermula awal tahun lalu, dia menggunakan aplikasi Airbnb untuk mempromosikan aktiviti itu yang dinamakan Bike with Elena. Katanya, dia teruja untuk…










