KUALA LUMPUR 24 April – Balai Seni Negara menafikan akan membuat pameran animasi ‘Doraemon’ sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. Menurut jurucakap, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan pameran animasi dari Jepun itu. Malah pihaknya turut mengambil berat isu berkenaan dan menegaskan tetap mengutamakan seni dan karyawan tempatan. “Untuk makluman kalendar program dan pameran untuk tahun 2020 telah pun dirancang dengan pengisian khas yang menarik dengan Pameran Koleksi Seni Visual…










