April dinantikan SMK Dewan Beta - Utusan Malaysia

April dinantikan SMK Dewan Beta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 April – Kedatangan April setiap tahun pastinya disambut meriah oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, di sini menerusi pelbagai pengisian program.

Pengetuanya, Hamidah Mokhtar berkata, setiap tahun, bulan tersebut dipilih sebagai Bulan Semerak Akademik yang telah diamalkan sejak lebih baik 10 tahun lalu.

“Lebih istimewa, sepanjang bulan ini, seluruh warga sekolah akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menerusi 30 program yang telah diaturkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama empat minggu ini, kita akan melaksanakan program mengikut jabatan iaitu, Jabatan Sains dan Matematik (minggu pertama), Jabatan Bahasa (minggu kedua), Jabatan Sains Sosial (minggu ketiga) dan Jabatan Teknik dan Vokasional (minggu keempat),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Majlis Pelancaran Bulan Semerak Akademik dan Kempen Membaca 2019 di SMK Dewan Beta di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN), Mohd. Asri Mohd. Zawawi.

Pada majlis berkenaan, Mohd. Asri turut menyumbangkan tiga unit netbook kepada pihak sekolah.

Hamidah berkata, setiap program yang diaturkan sepanjang bulan ini turut melibatkan agensi luar termasuk pihak kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Antara program yang telah diaturkan adalah ceramah teknik menjawab soalan, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, eksperimen ringkas dan sebagainya.

“Selain itu, program yang melibatkan agensi luar pula adalah seperti pameran pertanian, kempen membaca bersama Karangkraf, seloka bersahut bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sebagainya, “ katanya.

Tambah beliau, program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya meneroka ilmu dalam kalangan pelajar-pelajar melalui akademik mahupun ko-kurikulum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini