KUALA TERENGGANU – Taktik licik dua bot nelayan Vietnam mempamerkan permit meragukan untuk memasuki perairan negara untuk menangkap ikan gagal memperdaya pihak Maritim Malaysia (APMM). Kedua-dua bot nelayan asing itu berjaya ditahan kapal peronda APMM kira-kira pada pukul 6.45 petang semalam. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, dua bot nelayan Vietnam itu dikesan menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 54 batu nautika dari muara Kuala Terengganu dekat…










