JOHOR BAHRU 11 April – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 terhadap seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan kerana menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekal pada Oktober 2015. Tertuduh, Norhayati Iskar, 37, yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Segamat, mengaku bersalah sejurus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. NORHAYATI ISKAR (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan…










