Amanah pecat ahli bantu kempen Mohd. Nor - Utusan Malaysia

Amanah pecat ahli bantu kempen Mohd. Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang didapati bekerjasama atau membantu kempen calon Bebas, Mohd. Nor Yassin akan dipecat serta-merta daripada parti itu.

Pengerusi Amanah negeri, Datuk Zulkifly Mohamad Omar berkata, Amanah Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli parti yang berbuat demikian.

“Mohd. Nor cuma ahli biasa Amanah yang menyertai parti pada 10 Mac lalu semasa kita mahu menghadapi PRK. Saya sendiri tidak tahu kemasukannya sebagai ahli Amanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah memecat keahliannya berkuatkuasa Sabtu lalu dan pemimpin atau ahli Amanah yang membantunya (berkempen) akan dipecat,” katanya pada satu sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifly Mohamad mengakui walaupun Mohd. Nor bukan ‘orang besar’ dalam politik, namun perbuatan bekas ahli Amanah itu sedikit sebanyak menganggu persediaan parti itu dalam membantu calon PH di DUN Rantau.

Bagaimanapun, katanya, Amanah Negeri Sembilan yakin pengundi DUN Rantau akan menyokong calon PH memandangkan kerajaan PH Negeri Sembilan telah melakukan banyak perubahan di negeri ini.

Beliau turut menafikan dakwaan Mohd. Nor menjadi calon Bebas merupakan cubaan Amanah sabotaj calon PH dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan keatas pihak yang menyebarkan maklumat palsu itu.

“Kita malah akan pastikan jentera Amanah Negeri Sembilan bertugas 100 peratus untuk calon PH,” katanya.

Tindakan Mohd. Nor, 67, menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau sebagai calon Bebas menimbulkan kontroversi kerana beliau bekas calon Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kerusi DUN Gemencheh.

Mohd. Nor mengaku dirinya masih ahli Pas dah berharap ahli Pas di Rantau mengundinya, namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan Mohd. Nor bukan lagi ahli parti itu selepas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tiga minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini