Alliance Islamic terbit sukuk AT1 RM100 juta - Utusan Malaysia

Alliance Islamic terbit sukuk AT1 RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Alliance Islamic Bank Berhad menerbitkan Sukuk Wakalah (Sukuk AT1) Tahap 1 Tambahan Islam RM100 juta menerusi Program Sukuk Kekal RM2.5 bilion yang baru diwujudkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, hasil terbitan itu akan menyediakan dana yang diperlukan untuk meningkatkan portfolio patuh syariah dan rancangan masa depan dalam ruang Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan halal.

“Pelancaran ini mewakili tinjauan positif dan peluang yang kami lihat berikutan permintaan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan patuh syariah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi dana ini, kami akan berada pada kedudukan yang lebih teguh bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rizal, pihaknya komited untuk membina perniagaan yang mampu menjana makna kepada sosial, ekonomi dan impak persekitaran.

“Bagi tujuan ini Alliance Islamic berganding bahu bersama rakan kerjasama dalam menawarkan penyelesaian untuk pasaran halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta bersama-sama dengan perusahaan sosial untuk mengenal pasti isu-isu komuniti dan persekitaran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini