LIVERPOOL 24 April – Bintang Liverpool, Mohamed Salah telah meluangkan masanya pada Selasa malam (pagi Rabu waktu Malaysia) menghadiri majlis Time Magazine 100 Gala di bandar New York. Minggu lalu, pemain antarabangsa Mesir itu diumumkan, bukan hanya tersenarai dalam individu paling berpengaruh, tetapi dia juga terpilih salah seorang daripada enam bintang untuk menjadi penghias muka depan bagi edisi khas majalah tersebut. Salah menghadiri majlis penuh glamor di samping beberapa bintang ternama dunia. Pemain berusia 26 tahun itu juga sempat bergambar dengan aktres Game of Thrones, Emilia Clarke dan pemenang Oscar,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya