KUALA LUMPUR 9 April – Perdana Menteri berkata, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 merupakan peruntukan undang-undang yang salah dalam Perlembagaan Persekutuan. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, akta tersebut seolah-olah memberi kuasa hidup dan mati seseorang kepada individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Jelas beliau, situasi itu menunjukan peruntukan undang-undang itu sangat teruk kerana Perdana Menteri sepatutnya tidak boleh mempunyai kuasa dalam hal berkenaan. “Kuasa untuk mengisytiharkan darurat di bawah…










