KUANTAN 11 April – Tanpa bersua muka dan hanya berhubung menerusi e-mel, seorang akauntan dari Bera dekat sini mudah mempercayai helah ‘scammer’ bahawa wang sejumlah RM36.9 juta akan dihantar kepadanya. Akibat terpedaya dengan helah berkenaan, wanita berusia 53 tahun itu kerugian RM95,668 selepas membuat pembayaran kononnya bagi urusan penghantaran wang tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kes itu bermula pada 11 Februari lalu apabila mangsa yang berada di rumahnya di Triang, Bera menerima e-mel daripada penama ‘Liegh Hester’ yang memberitahu dia ialah seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya