Ahmad Tajuddin terima pingat kebesaran daripada kerajaan Jepun - Utusan Malaysia

Ahmad Tajuddin terima pingat kebesaran daripada kerajaan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Pengerusi Sirim Bhd., Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali menerima pingat kebesaran daripada kerajaan Jepun atas sumbangannya dalam menggalakkan kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara matahari terbit itu.


Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr, Makio Miyagawa berkata, Ahmad Tajuddin mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam sektor kerajaan dan korporat selain pernah menerajui beberapa organisasi.


“Antara jawatan yang pernah disandang Ahmad Tajuddin sebelum ini ialah Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengerusi Gas Malaysia Snd. Bhd. dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Semasa menjadi Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Ahmad Tajuddin telah menganjurkan persidangan pertama berkaitan bekalaan dan permintaan tenaga selain menyediakan peluang berharga buat Jepun berkongsi pengetahuan serta pengalaman dengan negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, Miyagawa yang mengimbau kembali kenangan semasa memegang jawatan Ketua Pengarah Sirim dari 1989 hingga 1996 berkata, banyak standard keselamatan bagi produk elektrik telah dibuat oleh beliau.


Katanya, langkah itu telah membantu meningkatkan keselamatan dalam kalangan pengguna di Malaysia selain mengukuhkan daya saing produk elektrik oleh syarikat tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini