KANGAR 1 April – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie hanya mempunyai tempoh tiga hari lagi sehingga Khamis ini bagi menjawab tuntutan sebanyak RM3 juta yang dikemukakan badan induk bola sepak negeri itu. Timbalan Presiden PFA yang menjalankan tugas Presiden, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata, setakat ini, Ahmad Amizal masih mengambil pendekatan mengunci mulut dan belum memberi sebarang maklum balas…










