JOHOR BAHRU 29 April – Dilahirkan cacat kedua-dua belah kaki dan tangan kiri tidak menghalang Dr. Ruzimi Mohamed@Mahmood memperoleh Ijazah Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Sains Komputer pada Majlis Konvokesyen Ke-62 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini. Kejayaan Ruzimi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan merupakan seorang ahli perniagaan itu turut dikongsi bersama isterinya, Quratul Ain Hassanan, 33, yang setia bersama memberi sokongan kepada beliau sepanjang tempoh tujuh tahun pengajiannya. Lebih manis, pasangan itu juga bakal menimang cahaya mata sulung pada minggu hadapan sekali gus menjadi kejayaan berganda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya