JOHOR BAHRU – Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor dinasihatkan bersabar dan meminta semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian. Pengarah Media Bersatu Johor, Solihan Badri berkata, sebarang perubahan dari pucuk pimpinan adalah berasaskan penilaian yang kukuh demi kepentingan rakyat. Solihan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang itu juga yakin yang Bersatu akan meneruskan kepimpinan Johor. “Saya telah menghubungi Presiden…










