Afif tak takut pelumba Honda - Utusan Malaysia

Afif tak takut pelumba Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Pe­nyandang juara keseluruhan CP150 2018, Ahmad Afif Amran sedikit pun tidak tertekan dengan penguasaan yang ditunjukkan barisan pelumba Honda sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Jasin, bulan lalu.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di belakang juara, Azroy Hakeem ­Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan rakan sepasukan Azroy, Md Zaqhwan Zaidi.

Menjelang perlumbaan di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini, Afif yang meraih sembilan podium pada musim lalu termasuk empat gelaran juara sebaliknya yakin dia dan rakan sepasukan serta barisan pelumba Yamaha akan bangkit dan kembali ke pentas podium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tertekan dengan keputusan pusingan lepas.

“Perlumbaan di Jasin juga tidak bermaksud prestasi kami musim ini sudah menurun, sebaliknya kami masih mencari keserasian dengan beberapa percubaan dan pelarasan mengikut perubahan peraturan teknikal jentera yang digunakan pada musim ini.

“Sebenarnya, keputusan di Jasin dapat menjadikan sai­ngan musim ini lebih kompetitif dan menarik.

“Persaingan diantara jentera Yamaha dan Honda pasti lebih sengit dan kami perlu bekerja lebih keras jika mahu menaiki podium.

“Kami tidak boleh mengambil langkah mudah walaupun perlumbaan masih di peringkat awal musim,” kata Afif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini