KUALA LUMPUR 29 April – Affin Bank Bhd. menyasarkan pertumbuhan pinjaman antara 3.0 peratus dan 4.0 peratus tahun ini, dipacu terutamanya oleh segmen pengguna dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata ketika ini segmen pengguna menyumbang 50 peratus daripada jumlah portfolio pinjaman, PKS menyumbang hampir lapan peratus, manakala 42 peratus lagi daripada segmen korporat. “Kami mahu meningkatkan bahagian PKS kepada kira-kira 20 peratus dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Jumlah sesuai bagi kami mungkin pada 40 peratus pengguna, 40 peratus korporat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya