ADUN Sabak akui hadir protes Najib semalam - Utusan Malaysia

ADUN Sabak akui hadir protes Najib semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman mengakuikenderaan pacuan empat roda yang digunakan dalam provokasi ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ‘Bossku’ turun Selangor semalam adalah kenderaan miliknya.

Malah, wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut mengakui berada di lokasi bersama sekumpulan kecil penyokong Pakatan Harapan (PH) ketika insiden tersebut berlaku semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Mustain menafikan ia satu provokasi, sebaliknya mendakwa tindakan kumpulan penyokong PH mengangkat sepanduk muka badut Najib hanyalah sebagai tanda protes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menafikan tindakannya itu bukan atas kapasiti sebagai ADUN, sebaliknya selaku Pengerusi PH Sabak Bernam.

KENDERAAN milik Ahmad Mustain Othman. - UTUSAN ONLINE/ FACEBOOK
KENDERAAN milik Ahmad Mustain Othman.  – UTUSAN ONLINE/ FACEBOOK

“Saya berada di lokasi untuk mengawal keadaan. Tiada provokasi kerana ketika kumpulan terlibat baru hendak keluarkan sepanduk, polis telah memberi arahan untuk tidak meneruskan tindakan dan mereka akur.

“Selepas Najib beredar, baru kumpulan itu angkat sepanduk, tidak buat bising pun, cuma angkat sepanduk sebagai tanda protes,” katanya.

Semalam ketika ‘Bossku’ turun santai bersama rakyat Selangor, sekumpulan lelaki cuba melakukan perkara sama seperti dilakukan pelajar Universiti Malaya (UM) hingga mencetuskan kekecohan dengan penyokong Najib dua minggu lalu.

Bahkan, Najib menerusi Facebook malam semalam turut mempersoal penglibatan Ahmad Mustain dalam insiden tersebut dengan memuat naik gambar kenderaan pacuan roda milik ADUN tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini