GEORGE TOWN 14 April – Jaguh boling negara Adrian Ang dan Esther Cheah masing-masing dinobat sebagai Olahragawan serta Olahragawati Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2017/2018. Terdahulu, anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam satu majlis di sini malam tadi. Adrian, 31, berkata, pengiktirafan itu sesuatu yang membanggakan kerana segala penat jerihnya berbayar sejak lebih sepuluh tahun berkecimpung dalam sukan tenpin boling. “Masa depan…










