760,000 batang rokok bernilai RM543,400 dirampas - Utusan Malaysia

760,000 batang rokok bernilai RM543,400 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Sebanyak 760,000 batang rokok bernilai RM543,400 termasuk cukai ditemukan di jeti Kiong Ping, Jalan Lanang, Sibu, Sarawak semalam.

Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM38,000 itu ditemukan oleh penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu yang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, kesemua rokok tersebut ditemukan di dalam plastik Hitam dan ditutup dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik kesemua rokok tersebut.


“Siasatan lanjut mendapati, anggaran duti yang terlibat adalah sebanyak RM 505,400.

“Sehubungan itu, kesemua rokok tersebut telah dibawa ke pejabat JKDM, Sibu dekat sini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini