KOTA BHARU 1 April – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menyita 566 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bernilai RM57,403.60 dalam satu operasi di sini semalam. Pengarah KPDNHEP negeri, Adnan Abd Rahman berkata, serbuan tersebut adalah hasil risikan dan serbuan sepasukan pegawai penguatkuasa ke atas sebuah premis runcit menjual LPG di Kampung Bechah Keranji di sini kerana disyaki menyimpan LPG melebihi kuantiti yang dilesenkan. Beliau berkata, pihaknya turut menyita sebuah lori dalam Ops Gasak III tersebut yang bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 8.00 malam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya