54 ahli Kesukes Besut sertai konvoi jalinan kasih - Utusan Malaysia

54 ahli Kesukes Besut sertai konvoi jalinan kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 4 April – Sekumpulan 54 ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kesihatan (Kesukes) Cawangan Besut hari ini menyertai konvoi bermotosikal sambil beramal, di negeri-negeri utara Semenanjung menerusi Kembara Jalinan Kasih.

Konvoi yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh kira-kira 950 kilometer itu merangkumi Kedah, Perak dan Pulau Pinang dengan mengunjungi beberapa buah rumah pertubuhan anak-anak yatim.

Ketua konvoi, Rosli Mat Nor berkata, antara lokasi yang akan menjadi persinggahan sambil menjalankan aktiviti jalinan komuniti ialah Rumah Anak Yatim Sungai Petani dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi aktiviti itu, diharap dapat memberi peluang kepada ahli Kesukes Besut mengenali dan beramah mesra dengan komuniti di luar kawasan tempat bertugas sambil menjalankan aktiviti riadah.

“Selain tambah pengalaman menerusi santai konvoi bermotosikal itu, kita juga berharap dapat timba perkara positif dan tingkatkan nilai kemanusiaan untuk dihayati bersama,” ujarnya di sini.

Majlis pelepasan dengan simbolik kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Terengganu itu disempurnakan bersama oleh Pegawai Kesihatan daerah Besut, Dr. Razan Abd. Samad dan Pengarah Hospital Besut, Dr. Hariza Hussin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×