ALOR SETAR 10 April – Empat orang lelaki ditahan Jabatan Perhutanan negeri selepas dipercayai menceroboh hutan simpan dan mengangkut kayu hutan dalam dua kes berasingan di Sik, dekat sini, semalam. Dalam kejadian pertama, dua lelaki berusia 60 dan 51 tahun ditahan ketika sedang leka menebang dan meratakan tanah secara haram di Hutan Simpan Rimba Teloi. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, lelaki yang mengaku tanah tersebut miliknya dipercayai mahu…










