BUKIT MERTAJAM 11 April – Sebanyak 3,000 unit produk barangan kosmetik dan kesihatan tiruan jenama antarabangsa dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dalam tiga serbuan di tiga premis perniagaan di sekitar daerah ini hari ini. Dalam serbuan yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNHEP) negeri, seorang lelaki yang juga pemilik ketiga-tiga premis itu berusia 30-an ditahan untuk diambil keterangan. Antara barangan kosmetik dan kesihatan yang dirampas terdiri daripada minyak wangi, gincu, pelembab badan dan lain-lain. Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Chin Ching Chung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya