KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu mengesan sekurang-kurangnya 30 majikan negeri ini masih lagi tidak mendaftar dengan agensi tersebut. Pengarah Perkeso Terengganu, Nora Yaacob berkata, senarai majikan yang ingkar mencarum untuk pekerja mereka itu telah dikenalpasti menerusi Ops. Pemutihan yang dilakukan agensinya sepanjang bulan lalu. “Kesemua majikan itu telah dinasihati agar mendaftar segera dengan Perkeso demi kebajikan pekerja masing-masing. “Kita tidak akan mengambil pendekatan berhemah lagi selepas ini…










