BEIRUT 4 April – Serangan bertubi-tubi oleh tentera Syria di wilayah Idlib menyebabkan 22 penduduk awam terkorban hari ini. Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, tentera Syria melancarkan tembakan meriam dan roket ke arah pekan Kafrnabel dan Maaret al-Noman. Serangan berkenaan dilaporkan akan menjejaskan gencatan senjata yang dipersetujui antara kesemua pihak yang berperang sejak September lalu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya