KUALA TERENGGANU 3 April – Sebanyak 11 pusat penempatan orang miskin diwujudkan di HANAFIAH MAT seluruh Terengganu dengan Taman Rahmat Marang mempunyai jumlah penghuni paling ramai iaitu 54 keluarga melibatkan 54 buah rumah. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, masing-masing tiga pusat seumpama itu terdapat di daerah Setiu dan juga Besut. Beliau memberitahu, Taman Asyakirin Kampung Saujana di Setiu menempatkan 10 buah rumah…










