KUALA TERENGGANU 24 April – Lebih 1,000 nelayan di seluruh negara berhimpun di muara Sungai Terengganu di sini hari ini bagi menuntut campur tangan kerajaan berhubung isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara. Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Dungun, Bahiyuddin Awang Harun berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas termasuk membatalkan kesemua pemberian lesen laut dalam yang diluluskan kepada nelayan asing terutama dari Vietnam. Katanya, berdasarkan angka yang diterima, masih terdapat kira-kira 100 buah bot yang diusahakan warga Vietnam dikesan aktif di perairan negara. “Mereka aktif mengaut hasil laut dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya