KLANG – Seramai 10 ahli baharu disasarkan setiap bulan dari Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar daerah ini menjadi skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ketua AADK Daerah Klang, Baharuddin Ahmad berkata, penyertaan mereka itu bertindak sebagai mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berhubung penyalahgunaan dadah di kawasan mereka. “Ini merupakan kaedah serampang dua mata dalam memastikan penglibatan masyarakat bagi membasmi masalah dadah di negara ini amnya dan daerah ini khususnya. “Saluran maklumat itu termasuk lokasi penagihan dadah, pengedaran bahan larang berkenaan di samping bekerjasama dalam usaha merawat dan memulihkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya