Yusof Haslam menang rayuan saman hak cipta Aku Bohsia - Utusan Malaysia

Yusof Haslam menang rayuan saman hak cipta Aku Bohsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam dan dua yang lain menang dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan pelanggaran hak cipta novel berjudul ‘Aku Bohsia’ yang difailkan terhadap mereka oleh seorang novelis.

Sidang panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan perayu, Yusof, anaknya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul, serta syarikat mereka, Skop Production Sdn. Bhd.

“Kami berpendapat Mahkamah Rayuan tersilap apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi (yang memihak kepada perayu),” kata Wong yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Nallini Pathmanathan.

Memuatkan artikel berkaitan…

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini