KUALA LUMPUR 15 Mac – Teka-teki berkaitan aset yang bakal beraksi dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’19) hampir terjawab dengan kehadiran pesawat pejuang ringan (LCA) buatan Rusia, Yakovlev Yak-130. Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Rostec, Viktor Kavdov berkata, Yak-130 yang juga berperanan sebagai pesawat latihan untuk juruterbang tempur dijangka hadir bersama tim akrobatik ‘Russian Knight’ bagi memeriahkan acara dwi tahunan itu. “Pesawat yang mempunyai dua tempat duduk tersebut akan…










