HEBOH seketika mengenai temu bual YB Nurul Izzah Anwar dengan akhbar Singapura Straits Times beberapa hari lepas kerana ia mengandungi unsur kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama sekali terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bukan lumrah senario politik tempatan di mana ahli politik mengkritik kepimpinan tertinggi kerajaan dari parti yang sama terutama sekali apabila luahan tersebut dilakukan dalam akhbar negara asing seperti Singapura. Tidak menghairankan apabila rakan seperjuangan…









