PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan berwaspada dengan kegiatan penipuan dalam talian yang menggunakan nama Kementerian Kewangan (MOF) dan menterinya Lim Guan Eng. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutifi Hakim berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu dikesan menggunakan format dokumen dan alamat surat-menyurat yang ‘kelihatan rasmi’ untuk mengelirukan orang ramai dan melakukan penipuan. Menurutnya, perkara itu terdedah selepas seorang individu daripada Filipina telah mengirim emel ke alamat rasmi menteri kewangan bagi mendapatkan pengesahan…










