KANGAR 16 Mac – Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak mempunyai sebarang masalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertapak di Sabah. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, parti itu akan membantu Warisan dan menguatkan gabungan berkenaan di Sabah. Dalam masa sama katanya, sambutan rakyat terhadap Bersatu di Sabah juga dilihat baik dengan sebelum ini permohonan untuk menyertai parti itu melebihi 50,000 orang. “Semalam Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan…










