SYDNEY 7 Mac – Ahli keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lima tahun lalu menggesa kerajaan Malaysia supaya lebih proaktif dan menunjukkan komitmen lebih serius selepas Kementerian Pengangkutan memberi bayangan pencarian baharu jet penumpang itu akan dilakukan. K.S. Narendran yang kehilangan isterinya dalam pesawat itu berkata, kerajaan Malaysia tidak hanya menunjukkan ‘sikap pasif’ sebaliknya perlu mendahului usaha pemburuan baharu pesawat berkenaan. Bercakap kepada The Guardian Australia, Narendran yang menyambut baik langkah kerajaan Malaysia berkata, dia bagaimanapun mahu melihat kerajaan mengambil langkah drastik dan serius berhubung pencarian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya