Warganet tegur Dr. Ahmad Murad guna perkataan bodoh, bahlul marah wartawan - Utusan Malaysia

Warganet tegur Dr. Ahmad Murad guna perkataan bodoh, bahlul marah wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Warganet menegur Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican kerana menggunakan perkataan kasar seperti bodoh, bahlul dan bebal untuk menegur kesilapan yang dilakukan seorang wartawan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.

Dr. Ahmad Murad dalam satu hantaran di Facebook memarahi wartawan tersebut kerana tajuk yang digunakan ‘Melayu bertapak sejak 1786’ dalam laporan akhbar berkenaan dianggap sebagai salah dan tidak tepat sama sekali.

“’Melayu bertapak sebelum 1786′. Apa sudah jadi dengan akhbar Melayu dan B***** H****. Pemberita, penyunting yang daif dan bebal. Bagaimana hendak meluruskan sejarah? Dengar betul-betul hujah penceramah dan faham rakaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786. Apakah bodoh dan bahlul sangat wartawan Melayu ini? Wartawan Melayu buta Sejarah dari dulu. Tiada perspektif dan sikap yang betul,” kata Dr. Ahmad Murad.

Tangkap layar hantaran yang dibuat Dr. Ahmad Murad di Facebook beliau pada 8 Mac lalu.
Tangkap layar hantaran yang dibuat Dr. Ahmad Murad di Facebook beliau pada 8 Mac lalu. 

Menurut Dr. Ahmad Murad kesalahan dan kesilapan begitu memerlukan mekanisme saluran aduan akhbar seperti majlis media.

Majlis tersebut boleh mengenakan hukuman seperti meminta maaf atau ralat pada ruang-ruang yang diarahkan untuk dipatuhi oleh pengarang.

Sementara itu, warganet tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan bebal, bodoh dan bahlul dalam hantaran yang dilakukan Dr. Ahmad Murad pada 8 Mac itu.

“Jangan cepat melatah sebaliknya perlu cari ruang untuk sama-sama perbaiki kesilapan. Hubungi editor terlibat. Kita ada ralatkan? Semoga profesor bermuhasabah kerana kita manusia dan tiada manusia yang sempurna,” komen Ridhuan Hussain.

“Satu penghinaan kepada anak bangsa dari seorang yang dianggap ‘bijak pandai’. Semoga bermuhasabah dan rakyat boleh mengenal antara kaca dan permata,” tulis Nasaruddin Nasa.

“Eloknya bahasa profesor. Ada banyak cara lain boleh digunakan. In fact, profesor kenal siapa editor dan saya pasti profesor ada simpan nombor telefon, emel mereka dan sebagainya. Tapi jalan ini yang dipilih oleh profesor. Inikah contoh tauladan yang profesor nak tunjukkan kepada pelajar profesor dan masyarakat secara umum?” tegur Siti Azila.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini