Warganet boleh naik kereta buluh - Utusan Malaysia

Warganet boleh naik kereta buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Warganet atau mana-mana pihak yang mengecam reka bentuk model skala kecil kereta terbang yang dipamerkan di Langkawi, Kedah semalam boleh memilih untuk selesa berada di belakang dan menaiki kereta buluh.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kecaman warganet terhadap model yang dikenali sebagai Vector itu hanyalah perkara biasa kerana fokus utama kerajaan adalah pembangunan modal insan.

“Mereka boleh pilih sama ada nak terus di belakang menafikan perkara itu. Mereka boleh naik kereta buat daripada buluh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu biasa. Itu sebab kita kena lebih fokus kepada pembangunan modal insan dan lebih memberikan pembelajaran ilmu kepada isu ini, kita tidak mahu masyarakat tertinggal ke belakang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, model skala kecil kereta terbang, Vector yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd. menjadi tumpuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Walau bagaimanapun, reka bentuk Vector itu mendapat kecaman pelbagai pihak di laman sosial termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini