JOHOR BAHRU 10 Mac – Seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mendatangkan kecederaan kepada anak tirinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Julai tahun lalu. Tertuduh, Zaileen Zainal, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Rashidah Baharom. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah sengaja menyebabkan cedera kepada Raja Nurul Syafiqah Raja Hazman Shah, 27, menggunakan tangan. Dia didakwa melakukan…










