CHRISTCHURCH 20 Mac – Seorang wanita tempatan berusia 20-an ditahan polis berhubung status serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.
Wanita yang ditahan mengikut Akta Hak Asasi itu kini berdepan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda maksimum 7,000NZD (RM19,507).
Lapor NZ Herald, status wanita itu yang dianggap boleh mencetus suasana tidak harmoni dan permusuhan antara penduduk itu menjadi tular dalam laman sosial. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











