Wanita buang bayi ditahan polis - Utusan Malaysia

Wanita buang bayi ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac – Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai cuba membuang bayi lelakinya di dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini hari ini.

BAYI yang ditemukan dibuang dalam mangkuk tandas Hospital Selayang, Selangor kini dirawat di hospital sama.- Gambar media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perbuatan itu disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun ketika dia berada dalam tandas berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekerja kilang itu kemudian meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan yang berada di luar tandas berkenaan.

“Bayi berkenaan kini dirawat di zon merah Hospital Selayang dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Samsor, suspek ditahan selepas dibawa oleh pengawal keselamatan ke zon merah hospital tersebut namun masih enggan memberi kerjasama ketika diambil keterangan.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini