ALOR SETAR 22 Mac – Wajah Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, kelihatan tenang dan tersenyum ketika ahli keluarganya menatap buat kali terakhir sebelum jasadnya dikebumikan. Ibu saudara mangsa, Zarina Shuib, 53, berkata, perkara itu diceritakan adiknya, Mariani, 49, yang kini berada di Christchurch untuk menemani keluarga adik bongsu mereka, Mohd. Tarmizi, 42, yang menjadi mangsa tragedi berdarah itu. “Adik (Mariani) kata wajah Muhammad Haziq nampak sangat tenang dan kelihatan seperti tersenyum ketika jenazah sudah selesai dikafankan sebelum dikebumikan di tanah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya