[VIDEO]Wanita cedera disamun, ditetak dua lelaki bermotosikal - Utusan Malaysia

[VIDEO]Wanita cedera disamun, ditetak dua lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Seorang wanita cedera ditetak dua lelaki di Taman Sri Gombak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, dua lelaki bersenjatakan parang yang menaiki motosikal Yamaha Y15 tersebut turut melarikan seutas gelang emas milik mangsa.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan dimuat naik sejak malam semalam.

Menerusi rakaman berdurasi 41 saat itu, dua suspek menunggang motosikal berwarna merah tersebut dilihat memberhentikan kenderaan tersebut di belakang sebuah kereta Proton Satria yang diletakkan di depan rumah mangsa.

Seorang daripada suspek kemudian bertindak menyerang mangsa sebelum seorang lagi suspek membelasah mangsa dan melarikan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN