KUALA LUMPUR 25 Mac – Hujan lebat sejak pukul 4 petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa laluan utama dan kawasan perumahan sekitar Kampung Datuk Keramat di sini. Antara yang terjejas teruk adalah laluan sepanjang landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, laluan berhadapan Stesen LRT Setiawangsa dan laluan dari Jelatek menuju Jalan Ampang. Beberapa kawasan rendah di sekitar Semarak juga ditenggelami air termasuk Kementerian Pertahanan (Mindef). Banjir yang dikatakan jarang berlaku di kawasan berkenaan didakwa berpunca daripada pembinaan sebuah projek lebuh raya di situ selain masalah pembetungan dan longkang tersumbat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya