KUALA LUMPUR – Taktik seorang lelaki yang berpura-pura memeriksa telefon bimbitnya untuk mengaburi mata pekerja sebuah premis membaiki kenderaan menjadi apabila dia berjaya melarikan sebuah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Chan Sow Lin, Cheras di sini kelmarin. Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 39 saat yang tular di laman media sosial Facebook hari ini, seorang lelaki dilihat memeriksa telefon bimbitnya sambil berdiri berhampiran dengan…










