PASIR GUDANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, dikosongkan semula pada pukul 11.58 pagi tadi. Ia berikutan pengurusan kedua-dua sekolah membuat panggilan kecemasan kerana mendakwa terdapat murid dan pelajar mengalami sesak nafas disyaki terbau sesuatu tidak menyenangkan. Ketua Unit Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Johor Bahru, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya kini sedang membuat pemeriksaan dan mengumpul maklumat serta mengarahkan semua yang terjejas mendapatkan rawatan. “Selepas ini, kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya