Video COO Felcra jerit pekerja di ladang sawit tular - Utusan Malaysia

Video COO Felcra jerit pekerja di ladang sawit tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu klip video yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi Mahamor menjerit-jerit memarahi pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, klip video berdurasi 1 minit itu dirakam sewaktu Khairi melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini.

Berdasarkan klip vi­deo itu, Khairi berulang kali menengking pekerjanya di situ ekoran tidak menggunakan semula beg baja yang telah digunakan.

“Kalau tong racun itu kamu basuh ikut peraturan, kamu boleh pakai balik, apa lagi beg baja. Apa dosa dia?

“Kamu selalu ikut jalan mudah, tidak pernah nak explain (terangkan), semua nak ikut cakap orang, orang cakap ini ikut sahaja, tak pernah nak lawan. Terangkan!” jeritnya berulang kali.

Dalam pada itu, jurucakap Felcra Berhad ketika dihubungi Kos­mo! mengesahkan lelaki berkenaan adalah COO Felcra Berhad dan pihaknya sedang mencari punca kejadian tersebut berlaku.

“Ya benar individu tersebut adalah COO kami yang baru dilantik empat bulan lalu. Kami akan berikan maklumat lanjut berhubung isu ini selepas mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN