KUALA LUMPUR 31 Mac – Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengakui, kerja keras anak-anak buahnya dalam latihan dan diterjemahkan dalam setiap perlawanan menyaksikan mereka kini menerajui takhta Liga Perdana. Jelasnya, turut memuji komitmen dan semangat tinggi yang dipamerkan ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang meskipun menerima tentangan sengit daripada pasukan pelawat di Stadium Likas semalam. “Mereka (pemain) bukan saja bekerja keras pada malam ini (semalam) tetapi juga dalam…