United ada kualiti memenangi Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

United ada kualiti memenangi Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 16 Mac – Ole Gunnar Solskjaer berkeyakinan bahawa Manchester United mempunyai kualiti yang mencukupi untuk memenangi Liga Juara-Juara bagaimanapun berkata Red

Devils memerlukan tuah jika mahu menjulang trofi tersebut buat kali keempat.

United akan bertemu Barcelona di peringkat suku akhir pada April ini selepas melakukan kebangkitan penuh dramatik daripada kekalahan 0-2 pada aksi pertama menewaskan Paris

Memuatkan artikel berkaitan…

Saint-Germain (PSG) menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Solskjaer menjaringkan gol kemenangan dalam final Liga Juara-Juara 1999 menewaskan Bayern Munich 2-1 di Barcelona untuk bergelar juara Eropah buat kali kedua dalam sejarah

mereka.

Kali pertama United memenangi trofi tersebut pada 1968 kemudian mengulanginya pada 2008 menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti di Moscow namun mereka tidak pernah

mara ke final sejak 2011 selain disingkirkan 3-1 oleh Barca.

Jurulatih sementara itu sedar United sedang berdepan situasi yang sama sebelum memenangi Liga Juara-Juara 20 tahun lalu, bangkit daripada ketinggalan dua gol di peringkat separuh akhir menewaskan Juventus sebelum mengetepikan cabaran Bayern di pentas final.

“Saya fikir kami sudah membuktikannya ketika menentang PSG di mana kami boleh menewaskan kelab hebat. Sekali lagi, terdapat banyak pembolehubah.

“Sudah tentu dengan keputusan VAR (video bantuan pengadil), walaupun bagi saya itu adalah penalti, anda masih boleh tidak bernasib baik dan terkeluar namun tiada sesiapa pun mengingati persembahan PSG.

“Kami boleh meneruskan cabaran namun anda perlu bernasib baik,” kata Solskjaer.

Tahun ini merupakan ulangtahun yang ke-20 United memenangi treble apabila mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Untuk memenangi kesemua trofi ini anda perlu memenangi satu atau dua perlawanan yang amat sukar. Mereka umpama menterjemahkan detik tersebut.

“Kami tidak mencabar untuk memenangi liga thaun ini namun kami merupakan pencabar kepada dua lagi trofi,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini