Ummu Habibah dan LKPIM bantu anak yatim - Utusan Malaysia

Ummu Habibah dan LKPIM bantu anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 5 Mac – Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) negeri ini dan Persatuan Ummu Habibah Tanah Merah

membantu 20 anak yatim yang memerlukan bagi meneruskan persekolahan dengan sempurna.

Pengerusi Persatuan Ummu Habibah Tanah Merah, Noriah Hussin berkata, anak-anak tersebut merupakan sebahagian daripada golongan asnaf yang tertinggal daripada menerima bantuan ketika sesi persekolahan bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pelajar-pelajar tersebut mungkin tercicir daripada menerima bantuan disebabkan mereka tidak mengetahui sumbangan yang disampaikan oleh pelbagai pihak serta kedudukan rumah yang jauh.

“Kita mendapat senarai nama pelajar-pelajar ini melalui ahli-ahli Ummu Habibah yang mengenalpasti mereka yang memerlukan di kawasan masing-masing.

“Walaupun telah bersekolah hampir tiga bulan, tetapi keperluan mereka masih tidak sempurna dan kita membantu memberikan mereka beg sekolah yang baharu,” katanya selepas penyampaian bantuan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN