TURIN 20 Mac – Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Juventus, Federico Bernardeschi berkata, UEFA ‘gila’ jika menggantung penyerang Portugal itu kerana meraikan gol kontroversinya. Ronaldo berdepan hukuman badan bola sepak Eropah tersebut atas kesalahan ‘berkelakuan tidak sopan’ mengajuk gaya jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone selepas menjaringkan hatrik sewaktu Juventus bangkit memenangi perlawanan Liga Juara-Juara, minggu lalu. “Saya tidak fikir perkara itu perlu diberi perhatian, ia (penggantungan) sesuatu yang tak masuk…










