Tulang dalam perut buaya milik pekerja ladang - Utusan Malaysia

Tulang dalam perut buaya milik pekerja ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARIKEI 17 Mac – Tulang manusia yang ditemukan dalam bangkai seekor buaya hari ini dipercayai milik seorang pekerja ladang yang dilaporkan hilang di Sungai Loba Stabar, Ladang Zumida Oil Palm Sdn. Bhd. dekat Tanjung Manis, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, bangkai buaya tersebut ditemukan pengurus ladang sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Ricky Tan You Hook berkata, bangkai buaya itu telah dibawa ke kawasan ladang kira-kira pukul 2.50 petang menggunakan kenderaan bomba untuk pemeriksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil pemeriksaan pada perut buaya itu, beberapa anggota badan manusia ditemukan terdiri daripada bahagian lengan kanan, jari, tempurung kepala, tulang bahagian punggung, sebahagian tulang belakang, beberapa batang gigi, tulang rahang dan beberapa tulang lain.

“Setakat ini, kita masih menunggu keputusan ujian kimia bagi mengetahui sama ada benar atau tidak tulang-tulang itu milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 10 Mac lalu, seorang pekerja ladang warga Indonesia, Yosep Tesu dilaporkan hilang oleh rakan senegaranya semasa dia membuang air kecil di parit besar di Ladang Zumida.

Mangsa berusia 20-an itu dikatakan dalam perjalanan balik ke tempat kerjanya di sebuah ladang sawit di Sibu dekat sini selepas menziarahi rakannya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini